Saturday, March 3, 2012

Keputusan STPM diumumkan Rabu depan

 Semak Keputusan STPM 2011


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. 

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM ResultNo.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888. 
Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada jam 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Semak Keputusan STPM 2011 cara Semak Keputusan STPM 2011 secara online.
1. Anda haruslah membuka  iaitu laman web (MPM)

2.cari link cek result stpm http://webmpm.mpm.edu.my/stpm/

3.masukkan data yang diperlukan oleh system laman web MPM untuk melihat keputusan anda.



Manakala untuk semak Melalui Sms.

1. Taip STPM Result

2. jarakkan

3. nombor kad pengenalan anda

4.hantar ke 15888

contoh berada di bawah

STPM Result 900809055011 dan hantar ke 15888

No comments:

Post a Comment