Monday, December 19, 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PMR TAHUN 2011


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara. 
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.

Type PMR <space> NOMBOR ANGKA GILIRAN and send to 15888
Untuk semak Keputusan PMR 2011 melalui SMS, adik-adik boleh menyemaknya bermula dari jam 10 pagi, 22 Disember 2011 hingga 12 malam, 28 Disember 2011..

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 Disember 2011






sumber: http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2324

Wednesday, October 5, 2011

PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI SPM MELALUI FACEBOOK


KUALA LUMPUR: S.O.X. All-Stars Whiz '11 kini diperkenalkan bagi membantu pelajar mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui tutorial dan soalan ujian secara eksklusif menerusi laman Facebook S.O.X. bermula hari ini sehingga 15 November 2011.
Antara soalan-soalan ujian dan tutorial yang disediakan ialah mata pelajaran Sains, Matematik, Sejarah, Bahasa Inggeris, Kimia dan Fizik.

“Melalui kerjasama dengan Berita Harian SKOR, S.O.X. All-Stars Whiz '11 merupakan kesinambungan siri S.O.X. All-Stars di bawah tunggak pendidikan di mana fokus tahun ini adalah untuk pelajar berusia 17 tahun yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

"Pada tahun ini, S.O.X. All-Stars Whiz dengan bangganya memperkenalkan konsep pembelajaran baru yang lebih relevan kepada remaja masa kini.

"Ia juga sebagai platform pendidikan untuk memudahkan pelajar mengulangkaji matapelajaran, selain daripada memupuk disiplin dan minat melalui medium pembelajaran baru seperti tutorial dan mengambil ujian secara “online”.
Ini juga membolehkan pelajar generasi baru menikmati pembelajaran yang menyeronokkan sambil berinteraksi dan belajar melalui Facebook S.O.X. Kami yakin bahawa inisiatif ini akan membantu para pelajar mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan SPM mulai 14 November sehingga 14 Disember 2011,” kata Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad.

Pelajar yang berjaya mendapat markah tertinggi dan dalam tempoh terpantas dalam ujian bagi setiap mata pelajaran yang diambil berpeluang memenangi telefon bimbit Blackberry Curve 9300 (hadiah utama) manakala pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat akan menerima kad tambah nilai prabayar berjumlah RM50.

Untuk pemenang mingguan bagi setiap mata pelajaran, mereka akan mendapat baucar Kentucky Fried Chicken (KFC) bernilai RM20. Penyertaan S.O.X. All-Stars Whiz boleh dilakukan dengan cara berikut:

  • Dapatkan pek prabayar S.O.X. dan klik "Like" di laman Facebook S.O.X.
  • Daftar melalui SMS dengan menaip SOXSKOR dan hantar ke 22188 untuk mendapatkan kata laluan.
  • Terima kata laluan untuk SOX SKOR.
  • Klik di aplikasi S.O.X. All-Stars Whiz di www.facebook.com/soxfb dan gunakan kata laluan yang diberi untuk mengambil soalan ujian.


Berikut ialah tempoh promosi di mana setiap soalan ujian bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Sejarah, Bahasa Inggeris, Kimia dan Fizik akan dikemaskini pada setiap hari Rabu di laman Facebook S.O.X.:

Tempoh:

Minggu 1 (28 September – 4 Oktober)
Minggu 2 (5 Oktober – 11 Oktober)
Minggu 3 (12 Oktober – 18 Oktober)
Minggu 4 (19 Oktober – 25 Oktober)
Minggu 5 (26 Oktober – 1 November)
Minggu 6 (2 November – 8 November)
Minggu 7 (9 November – 15 November)

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai penyertaan S.O.X. All-Stars Whiz, layari laman web www.facebook.com/soxfb

Monday, October 3, 2011

Tips Sebelum Peperiksaan PMR | Tutor TV


Esok bakal menjadi hari paling penting untuk semua pelajar tingkatan 3 seluruh Malaysia. Peperiksaan PMR akan menguji sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka dalam subjek-subjek yang telah dipelajari selama 3 tahun. Nak tips sebelum menghadapi peperiksaan??

Anda boleh like fan page Tutor TV PMR untuk mendapatkan tips serta contoh menjawab soalan sambil menonton. Lebih interaktif dan mudah difahami. Cool kan.

Keterangan lebih lajut anda boleh layari disini >>>> http://bit.ly/oW1tIK









Monday, September 12, 2011

7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan


1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.


sumber: ibnismail.wordpress.com

Saturday, September 10, 2011

Tips belajar saat akhir


Bertenang dan jangan cemas

Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan akan akan diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.

Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.

Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.
Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.
Masa rehat perlu secukupnya

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.
Hapuskan tabiat suka tidur

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.

Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.

Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.
Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan

Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.

Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.

Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.
Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih

sumber: ms.wikibooks.org




Wednesday, July 20, 2011

Teknik asas menghafal


Apabila ditanya tentang cara menghafal, pelajar akan terbayangkan nota-nota yang dipenuhi tulisan yang perlu dihafal. Memang susah hendak menghafal, terutamanya jika tulisan-tulisan itu semua sukar untuk dibaca. Ini membuatkan pelajar rasa tidak bersemangat untuk menghafal.

Adakah memang sukar untuk menghafal? Mungkin…. mungkin sukar jika anda tidak tahu caranya yang betul.

Untuk menghafal, anda perlu tahu satu perkara asas. Apakah bahasa memori kita? Bahasa Melayu? Bahasa Inggeris? Bahasa Cina? Atau bahasa India? Untuk mengetahuinya, jawab soalan ini.

Jika saya sebut perkataan kucing, apakah yang terbayang difikiran anda? Adakah perkataan K.U.C.I.N.G. ? atau gambar seekor kucing? Tentu gambar seekor kucing bukan?

Maksudnya, bahasa otak kita adalah ‘gambar’. Disebabkan itu, kita lebih mudah mengingat gambar dari perkara lain seperti tulisan. Jadi, jika anda merasa sukar untuk menghafal, jangan risau. Bukan anda memiliki daya pemikiran yang lemah, tetapi, anda mungkin selama ini cuba menghafal tulisan, bukan gambar.

Apa yang perlu anda fikirkan sekarang ialah, bagaimana caranya untuk anda menukarkan semua nota anda dalam bentuk gambar…


Saturday, July 9, 2011

Kanak-kanak tonton TV 2,000 jam setahun

SEORANG kanak-kanak menonton rancangan 
televisyen di Britain baru-baru ini.

LONDON - Satu kajian membabitkan 3,000 kanak-kanak di Britain mendapati mereka menonton televisyen selama 1,934 jam atau 1,000 kali lebih banyak berbanding masa yang dihabiskan untuk belajar di sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.
Kanak-kanak juga didapati menghabiskan masa selama lima jam 18 minit sehari untuk menonton rancangan kegemaran mereka.
Malah, kanak-kanak daripada keluarga berada turut mempunyai peti televisyen sendiri.
Menurut penyelidik Authors Ed Mayo dan Dr. Agnes Nairn, mereka mendapati kanak-kanak sekolah rendah mempunyai komputer peribadi manakala suku daripada mereka melayari Internet di bilik tidur.
"Pada masa lalu, kanak-kanak bergembira dengan buku di bilik tidur atau bermain dengan anak patung. Hari ini, kamar tidur kanak-kanak telah menjadi bilik berteknologi tinggi," kata Ed Mayo.

Thursday, July 7, 2011

Saluran khas ulang kaji subjek PMR, SPM

TIMBALAN Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (tengah) bersama Tan (tiga kiri) bergambar bersama para guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Menengah Seafield, Subang Jaya pada majlis pelancaran Tutor TV PMR dan SPM di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Astro All Asia Networks Plc. (Astro) melancarkan dua saluran baharu iaitu Tutor TV PMR (Saluran 602) dan Tutor TV SPM (Saluran 603) yang bertujuan membantu para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tahun ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, kedua-dua saluran tersebut akan mula disiarkan kepada semua pelanggan Astro dan sekolah-sekolah kerajaan bermula 10 Julai ini.
“Saluran ini merupakan saluran ulang kaji peperiksaan pertama di Malaysia yang khusus untuk para pelajar sekolah menengah.
“Kandungan kedua-dua saluran ini berpandukan sepenuhnya kepada sukatan pelajaran sekolah Malaysia dan akan memaparkan contoh dan panduan soalan peperiksaan serta nota pembelajaran bagi membantu penonton,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menjelas lanjut, Tan berkata, Tutor TV PMR disasarkan untuk para pelajar tingkatan satu hingga tiga dengan memberikan tumpuan kepada subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains.

Monday, July 4, 2011

Bakal Ambil SPM Dan PMR 2011?



Pembelajaran Secara Berkumpulan Terbukti Efektif.  Sekadar saranan kepada pelajar-pelajar yang menduduki SPM dan PMR tahun ini.. Mari sertai Tutor TV di Facebook Jika anda mencari tips dan pelbagai lagi mengenai SPM 2011, anda mungkin perlu ke page FB ini, hanya LIKE dan cari apa yang anda inginkan

Jadi rasanya adalah lebih baik kita gunakan peluang melayari internet dengan lebih manfaat.

Untuk SPM, anda perlu pergi ke sini: Tutor TV SPM



Dan sekiranya anda seorang pelajar yang bakal menduduki PMR tahun ini, anda mungkin berminat untuk mengetahui tips pembelajaran yang sesuai buat anda di sini: Tutor TV PMR




Semoga anda mendapat manfaat dengan bersama-sama dalam komuniti ini


Sunday, June 19, 2011

PETER (kiri) dan Paula.

LONDON - Sepasang kembar, Peter dan Paula Imafidon mencipta sejarah apabila menjadi pelajar termuda lulus peperiksaan mata pelajaran matematik di peringkat A-level, lapor sebuah akhbar semalam.
Kedua-dua mereka memperoleh gred D dalam peperiksaan tersebut.
Sebelum ini seorang lagi kanak-kanak pintar, Ruth Lawrence memperoleh gred A dalam peperiksaan tersebut pada 1981 ketika berumur sembilan tahun.
Ruth kemudian mendapat ijazah kelas pertama di Universiti Oxford ketika berumur 13 tahun.
Berbeza dengan kanak-kanak genius lain yang belajar di rumah, Peter dan Paula memasuki sebuah sekolah rendah di sini sebelum mengambil peperiksaan tersebut pada musim panas lalu.
Mereka juga menghadiri kelas-kelas tambahan di sebuah pusat pembelajaran yang dianjurkan oleh sebuah agensi untuk kanak-kanak di kawasan kurang membangun. 


Friday, June 17, 2011

Create Oreo T-Card Untuk" Hari Bapa"



Jom. klik SINI create t-card ni mengikut kreativiti anda


Bila dah keluar gambar anda boleh start ....

langkah seterusnya....

Pilih design dan warna kegemaran mengikut citarasa anda


tulis apa-apa aje ucapan menarik untuk bapa anda

nak cantik lagi boleh juga letakan ikon-ikon yang cute miut tu....

dah siap.....tayangkan kat facebook,E-mailkan atau safe dan printkan gambar yang cantik tersebut dan kemudian bagi kat Ayah,Uncle dan Suami Tersayang

Jom....celebrate hari bapa bersama oreo daddy dunk! 

Senang jer kan.....create Oreo T-Card anda untuk Bapa Tersayang di SINI



Thursday, June 9, 2011

Tips memudahkan pemahaman sewaktu belajar



Pernahkah anda menghadapi situasi sebegini, anda telah berhempas pulas mengulangkaji sehari sebelum ujian bulanan berlangsung. Malangnya sewaktu di dewan peperiksaan, soalan ujian itu seperti tidak terjawab kerana segala fakta yang dibaca hilang entah kemana........
Satu persoalan, adakah anda faham apa yang anda baca? Sebenarnya pemahaman berkait rapat dengan pengingatan. Untuk mengingati suatu fakta dengan mudah, kita harus memahaminya dan menggunakan cara yang sistematik untuk memahaminya dan menggunakan cara yang sistematik untuk mengingatinya. Disini tersenarai beberapa teknik mengingati suatu fakta dengan sistematik dan mudah. Sebenarnya setiap orang mempunyai otak yang sama hanya bergantung kepada cara individu menggunakannya.

1. Berbisik sendirian boleh membantu menguatkan ingatan
- Apabila anda cuba menghafal sesuatu fakta, anda boleh menukarkannya kepada bahasa dan berbisik kepada diri sendiri. Ini dapat mengukuhkan ingatan anda.

2. Untuk fakta yang tidak harus dilupakan, mesti dihafal pada keadaan sekitar yang lain dari biasa.
- katakan suatu fakta yang agak penting untuk matapelajaran tertentu, maka anda harus menghafalnya dengan baik ditempat yang lain dari biasa. Contohnya menghafal dihadapan cermin atau didalam bilik air. Dengan memikirkan keadaan tersebut, secara tidak langsung anda teringat fakta berkenaan.

3. Kaitkan fakta yang sukar diingati dengan objek-objek yang selalu dijumpai.
- Cari apakah barang yang paling selalu anda lihat. Apabila sukar menghafal sesuatu fakta, kaitkan dengan barang tersebut. Dengan itu, fakta itu tidak mudah luput.

4. Buat ulangkaji matapelajaran yang dipelajari dalam jangkamasa 9 jam.
- Mengikut kajian, hanya 35% atau 2/3 daripada fakta yang dihafal kekal dalam ingatan dalam jangkamasa 9 jam. Oleh itu, dalam masa 9 jam selepas mempelajari sesuatu pelajaran, anda harus mengulangkaji sekali lagi untuk meningkatkan tahap ingatan anda.

5. Ingatan lebih jelas jika gerakan disertakan.
- Semasa belajar sejarah, anda mungkin bosan dengan nama tokoh atau tahun yang perlu diingati. Apabila keadaan ini berlaku, anda boleh berdiri dan cuba melakukan beberapa gerakan yang berkaitan dengan tokoh berkenaan. Dengan itu, anda dapat mengingatinya dengan lebih berkesan.

6. Pengetahuan yang ada mesti digunakan, barulah menjadi kepunyaan.
- Seringkali ada orang bertanya, " Ingatan saya lemah, apakah yang patut saya lakukan?" Sebenarnya, manusia akan melupakan sesuatu untuk mengingati sesuatu yang lain. Sesuatu yang diperlukan akan kekal dalam ingatan dan yang tidak digunakan akan dilupakan. Oleh itu, jika anda mahu apa yang dipelajari kekal dalam ingatan, anda harus sering menggunakannya.

7. Cara pembelajaran ke depan tiga langkah dan undur dua langkah dapat memperkuatkan ingatan.
- Anda boleh membahagikan apa yang anda hendak pelajari kepada tiga bahagian. Selepas menghabiskan bahagian utama, terus ke bahagian kedua. Apabila tamat bahagian kedua, ulangi bahagian pertama dan baca bahagian kedua dan seterusnya. Apabila habis bahagian ketiga, kembali membaca kesemua bahagian. Dengan ini anda pasti dapat mengingati fakta penting dan memahaminya dengan bagus.

8. Membuat catatan kesilapan dapat mengelakkan kelemahan mudah lupa dan susah untuk mengingati.
- Menganggap peperiksaan atau latihan sebagai jalan untuk mencari kesilapan diri, baru ada maknanya. Tetapi manusia sering melupakan sesuatu yang dibencinya atau yang tidak berfaedah kepadanya. Untuk mengelakkan keadaan ini, buat catatan kesilapan yang dilakukan semasa latihan atau peperiksaan. Misalnya, anda boleh melekatkan soalan yang salah dijawab dalam sebuah buku latihan dan tuliskan jawapan sebenar di tepi soalan. Cara ini dapat membantu mengenalpasti kesilapan anda.

Menggunakan Otak Orang Lain
jangan salah tafsir maksud ayat diatas. Teknik menggunakan otak orang lain ialah menceduk cara pembelajaran dan pengetahuan yang ada padanya untuk kegunaan diri sendiri. Pergaulan yang baik adalah perlu untuk menggunakan cara ini.

a) Pandai bercakap tidak setanding pandai mendengar
- Tidak kira siapa pun orang ternama, mereka merupakan orang yang mahir mendengar. Melalui itu, mereka mengumpul banyak maklumat dan menggunakanya atas kerjaya diri sendiri dan mencapai kejayaan. Oleh itu, jika anda hendak menggunakan otak kawan atau guru, anda mesti menjadi seorang yang mahir mendengar.

b)Mendengar pengalaman kegagalan lebih baik daripada pengalaman kejayaan.
- Pengalaman kejayaan seseorang biasanya lebih menumpukan keputusannya dan mengabaikan proses kejayaannya. Sebaliknya jika mendengar pengalaman kegagalan, biasanya akan dijelaskan sebab menghadapai masalah dan kesilapan yang dilakukan dengan teliti. dan tentunya anda tidak akan melakukan kesilapan yang sama. Pengalaman kegagalan petunjuk jalan kejayaan.

c) Maksud belajar ialah teknik mencuri kaedah pembelajaran dan pengetahuan orang lain.
- Belajar adalah mengumpul maklumat kemudian menukarkannya menjadi pengetahuan diri sendiri dan seterusnya menggunakannya. Oleh itu, cara yang paling cepat dan tepat ialah mencuri teknik atau pengetahuan orang lain. Sasarannyaguru, abang , kakak, rakan dan sebagainya. Ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti mendapatkan pandangan kawan tentang soalan atau topik tertentu dan kesimpulan yang dibuat olehnya.

d) Menggunakan otak orang lain dapat mengenalpasti kelemahan diri
- Kandungan nota ialah isi dan maklumat penting dari buku rujukan dan teks. Ia memudahkan proses mengulangkaji. Sekiranya ia dapat ditukar-tukar dengan kawan, anda dapat menukar maklumat yang tidak terdapat dalam buku nota masing-masing. Selain itu, ia juga dapat mengenalpasti kelemahan sendiri.

e) Menggunakan perbincangan kumpulan kecil dengan betul, membolehkan anda menggunakan otak orang lain untuk belajar
- Kelemahan pembelajaran dalam kumpulan kecil ( study group ) adalah disebabkan tiada kerjasama antara ahli. Jadi pilihlah seorang ketua yang berdaya maju dan berdedikasi dari segi pelajaran dan bertanggungjawab mengajar cara penbelajaran bukan apa yang perlu dipelajari. Ketua akan membahagikan projek kepada setiap ahli kumpulan dan perbincangan tentang jawapan yang tepat dilakukan. Kesimpulannya, kita dapat menerima lebih pandangan dari pelbagai sudut dan lebih memahami pembelajaran.

f) Membuat ramalan soalan, libatkan lebih ramai kawan.
- Jika peperiksaan hampir tiba, antara langkah yang dilakukan ialah membuat ramalan soalan. Tetapi kadangkala soalan tidak menyeluruh dan tidak tepat, kumpulkan soalan ramalan yang dibuat oleh rakan dan buat perbandingan.

g) "Guru" merupakan buku rujukan terbaik.
- Semasa dalam kelas, anda harus meneliti penerangan guru dan buat catatan fakta yang dititik beratkan. Buat ulangkaji. Jika ada kemusykilan, rujuk kepada guru terbabit untuk penerangan yang jelas ataupun dapatkan nasihat tentang contoh latihan dan buku kerja yang sesuai digunakan. Dengan kata lain, guru merupakan rujukan terbaik.

Selamat Maju Jaya

Tuesday, June 7, 2011

Selamatkan Anak-anak Daripada Penyakit Depresi


"Cikgu tolonglah saya. Saya rasa nak mati sahaja. Kebelakangan ini saya tidak dapat belajar, tidak dapat tidur. Kehidupan sudah tidak bererti!". Begitulah keluhan dan aduan daripada seorang murid atau pelajar kepada gurunya.

Bagi mereka yang profesionnya ialah guru, kaunselor, pensyarah, pakar psikologi ataupun pekerja sosial, pasti pernah menerima aduan yang sama. Dalam kebanyakan kes, pelajar sebenarnya menghadapi masalah depresi (kemurungan). Keadaan sedemikian menjadi agak lumrah terutama sekali ketika pelajar menghadapi peperiksaan. Apatah lagi dengan harapan yang menggunung tinggi daripada ibu bapa.

Sejak di bangku sekolah rendah, anak murid telah disemai dengan ajaran bahawa keputusan peperiksaan yang cemerlang akan menjamin masa depan yang gemilang. Mereka belajar bermati-matian dengan harapan untuk memperoleh bilangan A yang maksimum. Namun hakikatnya, sistem pendidikan kita yang terlalu menekankan keputusan peperiksaan telah menimbulkan kecelaruan emosi di kalangan pelajar.

Ramai di antara mereka disyaki telah menghidap penyakit depresi akibat tekanan daripada ibu bapa dan juga guru sekolah. Contohnya, menurut laporan Persatuan Pakar Psikiatri Malaysia pada tahun 2005, hampir 2,500 orang membunuh diri setiap tahun dan kebanyakan daripada mereka menghidap penyakit mental.

Selain itu, Setiausaha Parlimen, Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon turut menyatakan bahawa terdapat tujuh orang rakyat Malaysia yang mengidap penyakit mental setiap hari.

Apabila seseorang menghidap penyakit depresi, adakah terdapat tanda-tanda yang signifikan? Menurut Coyne, 2,000, kecelaruan emosi merupakan kecelaruan psikologikal yang menghasilkan gangguan emosi.

Gangguan emosi ini berterusan sehingga menjejaskan kognitif dan tingkah laku individu tersebut serta menghadapi kesukaran dalam mengendalikan skil interpersonalnya. Secara keseluruhan, kecelaruan emosi terbahagi kepada dua iaitu kecelaruan depresif (depressive disorder) dan kecelaruan bipolar (bipolar disorder).

Pernah berlakunya kes di sekolah menengah yang mana keadaannya adalah seperti berikut:
Susan berasa murung untuk beberapa bulan secara berterusan. Tidak ada apa-apa perkara istimewa yang boleh menggembirakan jiwanya.

Menurut aduannya: "Saya tidak dapat melakukan apa-apa. Otak saya kosong, namun berasa amat letih dan tidak bermaya. Peperiksaan SPM sudah menjelang tiba, saya cuba membaca, tapi tumpuan saya hanya hinggap di muka surat yang sama. Saya tidak dapat ingat dan rasa amat kecewa."

Selepas menjalani beberapa sesi kaunseling dengan kaunselor di sekolahnya, tiba-tiba Susan telah lenyap dari sekolah. Satu perkara yang amat menyedihkan telah berlaku. Pelajar ini telah dimasukkan ke hospital pusat pakar psikiatri dalam keadaan kritikal. Beliau menangis, menjerit dan membaling barang-barang yang tercapai oleh tangannya ketika menerima rawatan.

Selepas diagnosis yang rapi daripada pakar psikologi, Susan disahkan menghidap penyakit depresi yang kronik iaitu kecelaruan depresi major.

Menurut kajian, seseorang disahkan menghidap depresi major sekiranya menghadapi tanda-tanda seperti berasa murung, letih dan kecewa, sekurang-kurangnya untuk dua minggu
berterusan.

Selain itu, aktiviti hariannya turut terjejas. Penyakit depresi merupakan penyakit yang lumrah di negara-negara maju dan membangun seperti Amerika Syanikat (AS). Hampir 9.9 juta rakyat AS yang umurnya dalam lingkungan 18 hingga 54 tahun menghidap penyakit depresi (NIMH, 2001).

Kebelakangan ini, Malaysia turut memperlihatkan suatu gejala yang mana kadar penyakit depresi akan naik khususnya di kalangan pelajar baik di sekolah rendah, menengah ataupun Pusat pengajian tinggi.

Keadaan sedemikian harus diambil perhatian yang serius supaya tidak menular menjadi satu penyakit yang mengancam. Terdapat sembilan tanda signifikan yang menunjukkan seseorang telah menghidap penyakit depresi. Seandainya seseorang individu itu memperlihatkan lima daripada tanda-tanda dibawah untuk dua minggu berterusan, maka dia dianggap menghidap penyakit depresi major:

  1. Berasa murung hampir setiap hari.
  2. Minat atau perasaan gembira terhadap aktiviti merosot.
  3. Berat badan menyusut secara signifikan dan tiada selera makan.
  4. Menghadapi masalah untuk tidur atau tidak dapat tidur langsung.
  5. Gangguan dalam gerakan badan atau psikomotor.
  6. Berasa letih dan tidak bermaya.
  7. Berasa tidak bernilai dan bersalah atas tingkah lakunya.
  8. Menghadapi masalah untuk berfikir, menumpukan perhatian atau membuat keputusan.
  9. Sentiasa membayangkan kematian dan ingin membunuh diri.
Tanda-tanda di atas harus dijadikan sebagai panduan kepada ibu bapa untuk mengesan sama ada anak mereka telah diserang penyakit depresi. Di Malaysia, ramai di kalangan ibu bapa terlalu menekan dan menaruh harapan tinggi tetapi tidak realistik atas anak mereka, khususnya di kalangan masyarakat Cina.

Sejak dari sekolah rendah, murid-murid sudah diasuh agar berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Menurut fahaman pelajar, bilangan A yang banyak adalah satu-satunya cara untuk menimbulkan perasaan megah ibu bapa.

Anak-anak kerdil ini berlumba-lumba untuk memperoleh seberapa banyak A yang boleh untuk menggembirakan ibu bapa mereka. Anak-anak ini sentiasa sibuk dengan tuisyen, latihan rumah yang bertimbun-timbun dan jarang mempunyai masa untuk berehat atau mempraktikkan hobi mereka.

Penulis pernah melihat ramai di antara anak-anak ini menangis, mengadu berasa amat khuatir dan tidak dapat fokus terhadap pelajaran terutamanya sewaktu peperiksaan.

Saya berasa amat kasihan kepada anak-anak di sekolah rendah ini. Mereka tidak berpeluang untuk bermain, berehat dengan cukup dan menenangkan fikiran. Zaman kanak-kanaknya berlalu begitu sahaja.

Cara pendidikan yang terlalu mengutamakan pencapaian akademik sebenarnya perlu dirombak. Sistem sedemikian tidak seimbang dan gagal melahirkan generasi muda yang kreatif dan dinamik.

Depresi mempengaruhi sistem imum seseorang terhadap penyakit dengan kebarangkalian pesakit sedemikian menghidap penyakit jantung adalah dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding orang normal.

Penyelidikan pakar psikologi menunjukkan seseorang yang pernah menghidap penyakit depresi major menghadapi kesukaran untuk kembali kepada kehidupan asal ataupun pulih sepenuhnya. Dari segi umur pula, ramai yang berpendapat bahawa golongan umur pertengahan iaitu orang dewasa dan golongan tua lebih kerap menghidap penyakit depresi.

Bagaimanapun, anggapan ini ternyata silap. Kajian menunjukkan bahawa penyakit depresi paling kerap menyerang golongan perempuan yang berada dalam lingkungan umur 15 ke 19 tahun dan golongan lelaki pula dalam lingkungan 25 hingga 29 tahun.

Individu yang menghadapi masalah depresi mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk membunuh diri. Ramai pesakit wanita mempunyai niat membunuh diri namun pesakit lelaki pula bukan sahaja mempunyai niat, tetapi sering kali menjayakannya.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyelamatkan anak-anak mereka daripada diserang penyakit depresi. Mereka harus bersifat autoritatif dalam mendidik anak-anak, iaitu membimbing mereka secara terbuka serta memberi peluang kepada anak untuk menyuarakan pendapat.

Kehidupan keluarga yang porak peranda dan sentiasa menekan anak belajar tanpa rehat harus dielakkan. Sebaliknya, kehidupan berkeluarga yang penuh dengan kasih sayang dan mengambil berat kepentingan berkomunikasi, boleh mengurangkan kadar anak daripada serangan penyakit depresi.

Seandainya seseorang anak masih diserang penyakit depresi kerana faktor genetik dan daya tahannya yang lemah, maka mereka haruslah diberikan rawatan perubatan.

Melalui terapi seperti mengambil antidepresan dan khidmat kaunseling dari semasa ke semasa, pesakit akan dapat mengawal dirinya. Pada hakikatnya, anak-anak harus digalakkan belajar melalui permainan, bergaul, melahirkan pendapat dan hidup dalam suasana yang sihat dan gembira.

Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa seseorang yang menghidap depresi adalah amat sukar untuk sembuh. Mereka terpaksa berhenti sekolah, berehat dan menerima rawatan hospital. Tekanan yang berterusan hanya akan menamhah tenat dan memburukkan lagi penyakit, sekali gus cenderung menyebabkan insiden membunuh diri.

Jadi, penulis ingin menyeru ibu bapa, guru dan semua pendidik dari pelbagai lapisan agar merenung secara mendalam. Haruskah kita mengubah sikap yang begitu menekankan pencapaian akademik sehingga mengorbankan anak-anak?

Ambillah langkah-langkah yang positif untuk menyelamatkan anak-anak supaya mereka tidak menjadi sasaran penyakit depresi. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Oleh Dr. Tam Cai Lian
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampus Petaling Jaya, Selangor


Monday, May 30, 2011

Kertas Soalan Ramalan Matematik 2011



Kertas Soalan Ramalan Matematik Maths Catch ini mengandungi 4 pakej iaitu Kertas Soalan Ramalan Matematik 2011 UPSR, Kertas Soalan Ramalan Matematik 2011 PMR,Kertas Soalan Ramalan Matematik 2011 SPM,Kertas Soalan Ramalan Matematik 2011 ADD MATHS SPM. 
Antara yang menarik tentang soalan keluaran Maths Catch ini adalah ianya adalah soalan yang telah pun dibuat analisis berdasarkan soalan peperiksaan sebenar dan peperiksaan percubaan negeri yang lepas lepas. Apa yang menarik lagi setiap soalan juga dibekalkan bukan sahaja analisis tetapi juga tajuk bab bagi memudahkan pelajar mengulangkaji
Kelebihan Soalan Keluaran Maths Catch
Setiap soalan diletak dan dibekalkan analisis soalan peperiksaan sebenar terdahulu.
Setiap soalan diletak tajuk untuk memudahkan Pelajar membuat ulangkaji
Rekabentuk dan warna dibuat oleh pereka professional untuk membangkitkan ‘mood’ pelajar
Jawapan yang lengkap termsuklah jalan pengiraan diberikan.(kebanyakan buku dipasaran hanya memberikan jawapan sahaja)
Masa penghantaran produk adalah sangat pantas dan eficient iaitu kurang daripada 24 jam.
Sebarang masalah berbangkit pula begitu mudah diuruskan melalui ruangan support email yang dibalas 24 jam selepas emel dihantar.
Secara keseluruhanya ebook Kertas Soalan Ramalan Matematik 2011 Maths-catch.com ini adalah yang terbaik dipasaran jika diukur dari segi kualiti dan harga yang ditampilkanya. Jika anda masih tercari-cari bahan rujukan untuk anak-anak ,mungkin anda boleh mencuba mendapatkanya diSINI

Friday, May 27, 2011

Tips On Effective English Learning.


Dibawah ini memberikan tips untuk mempertingkatkan mutu bahasa inggeris:

Isnin - Membaca Buku teks- 45 minit
Selasa - Membaca Buku cerita atau majalah - 45 minit
Rabu - Tatabahasa/ kamus- 45 minit
Khamis -Membina ayat - 45 minit
Jumaat - Ulangkaji -45 minit
Sabtu - Buku cerita atau majalah - satu jam
Ahad- Ulangkaji dan kamus - satu jam

Bagi saya bukan sekadar bahasa inggeris sahaja ia sesuai untuk bahasa yang lain2nya. selamat mencuba .


Petua Memberi Tumpuan Dalam Kelas


Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda :
»
Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas.  Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. 

Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.
»
Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti.  Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak.  Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat. 
»
Cuba duduk di barisan depan dalam kelas.  Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.
»
Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.
»
Tunjukkan minat yang mendalam.  Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda.  Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar.  Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas.  Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.
»
Pasang telinga.  Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan.  Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.
»
Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.
»
Catat setiap perkara yang anda tidak faham.  Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda.  Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?
»
Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan.  Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru.  

Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik.  Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU. 
»
Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan.  Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.
»
Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam.  Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas.


Sumber Asal : 
Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D



Wednesday, May 25, 2011

Pendidikan dan peradaban


MEMAHAMI falsafah pendidikan dalam Islam amat penting supaya dalam mempelajari ilmu-ilmu Barat, para 
remaja tidak lupa dengan sejarah dan tamadun sendiri - Gambar hiasan

SETIAP anak dilahirkan suci ibarat kain yang bersih. Ibu bapa dan persekitaranlah yang mencorakkannya. Jika baik persekitarannya, maka baiklah perwatakan dan pembawaannya.
Jika sebaliknya maka banyak kesulitan akan timbul terutamanya apabila meniti zaman remaja dan dewasa.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap Muslim. Justeru, ilmu membantu manusia menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya, menambahkan pengetahuan seseorang, meluaskan pandangannya terhadap kehidupan serta menyuburkan adab dan peribadi seseorang manusia.

Dengan ilmu, manusia menjadi tahu dan apabila disertai kemahuan, ia akan menjadi tindakan. Maka pendidikan yang baik dan sepadu memandu manusia untuk berfikir, merancang dan bertindak secara benar serta baik.

Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: "Ya Allah, didiklah aku dengan didikan yang terbaik."

Ia memberi dua asas yang amat penting dalam proses didik iaitu addaba dan taadibi. Justeru, maksud pendidikan dalam Islam antara lain adalah proses memperadabkan insan. Proses ini merujuk kepada faktor dalaman diri manusia iaitu hati.

Adab menyentuh tentang peri pentingnya disiplin hati bagi seorang manusia. Disiplin hati dapat menjadikan manusia lebih teguh dan bakal memancarkan amal yang baik. Adab yang baik juga dapat memberi kesan dan teladan yang baik terhadap orang lain.

Minda atau akal manusia memerlukan disiplin dan fokus supaya apa yang dibaca, difikir serta idea yang diperolehi akan memberi manfaat yang berguna. Pemikiran yang terjana daripada disiplin berfikir yang baik bakal menghasilkan akal budi yang tinggi.

Oleh itu, makna pendidikan bukan sekadar suatu proses bagaimana pemindahan maklumat, data dan fakta berlaku tetapi ia menyentuh bagaimana proses perubahan berjalan.
I
lmu yang benar dan disampaikan dengan kaedah yang baik bakal mencetuskan perubahan terhadap minda, sikap dan amal. Dalam konteks masa kini, remaja perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu berbanding terutama sekali dalam ledakan maklumat dan jaringan telekomunikasi.

Ilmu yang diperoleh daripada sumber-sumber Barat misalnya bukan semuanya tidak baik. Malah banyak kemajuan terkini datangnya dari Barat. Tidak salah mengambil aspek-aspek yang boleh memberi manfaat kepada kemajuan kita.

Namun, negara-negara Barat mempunyai orientasinya sendiri bertunjangkan falsafah yang jauh lebih terbuka dan tidak terikat dengan nilai-nilai agama. Ia menuntut keupayaan menyaring maklumat yang tinggi.

Keteguhan sistem nilai amat membantu dalam proses penggunaan sumber-sumber ini. Tidak semua maklumat yang ditampilkan oleh sistem yang berkaitan sesuai dengan matlamat membina faktor-faktor manusiawi dan manusia beradab.

Bagaimanapun, ini bukan bermaksud apa-apa yang datang dari Barat harus disanggah. Cuma sebagai seorang remaja dan Muslim yang berilmu, hendaklah berhati-hati dan peka terhadap proses pembaratan.

Cabaran pendidik

Oleh itu, cabaran utama pendidik, pembina perisian dan maklumat ialah menghasilkan modul-modul pendidikan berasaskan acuan kita sendiri.

Perkara ini amat penting kerana kita tidak harus selamanya menjadi pengguna setia terhadap sumber maklumat dan ilmu dari orang lain tetapi sewajarnya bersikap menyumbang terhadap perisian yang berasaskan acuan kita sendiri.

Pembangunan perisian di luar lingkungan budaya dan resam kehidupan kita selalunya tidak berasaskan nilai.

Pengguna teknologi rata-ratanya terdiri daripada remaja yang meningkat dewasa dan mencari-cari erti kehidupan. Sekiranya medium ilmu tidak terisi dengan maklumat yang berasaskan nilai dan adab, maka kecelaruan dan krisis nilai akan wujud kerana ia tidak selari dengan tuntutan fitrah manusia yang inginkan sesuatu yang baik dan luhur.

Dalam konteks pendidikan, kewujudan tenaga untuk membina perisian berasaskan acuan kita adalah dituntut. Lebih dituntut lagi ialah kekalnya peranan pendidik yang bukan saja bertindak sebagai fasilitator tetapi juga mampu memanfaatkan kepentingan teknologi dan juga perisian untuk membangunkan generasi terdidik yang memiliki kekuatan maklumat, ilmu, keterampilan dan sistem nilai yang tinggi.

Memahami falsafah pendidikan dalam Islam adalah amat penting supaya dalam mempelajari ilmu-ilmu Barat, para remaja tidak lupa dengan sejarah dan tamadun sendiri.

Menghargai tamadun sendiri menjadikan kita yakin bahawa tradisi ilmu Islam sentiasa menghubungkan dirinya dengan nilai dan agama. Faktor-faktor ini amat penting bagi mengekalkan faktor-faktor manusiawi agar terpelihara dalam apa zaman pun.

Lantas dalam usaha menjadikan pendidikan sebagai proses mengadabkan insan, pendidikan itu sendiri haruslah bersifat integratif dan holistik.

Model pembelajaran yang terkini yang diadunkan dengan model Islami serta berasakan nilai wajar diperkembangkan dalam sistem pembelajaran kini.

Apatah lagi dalam zaman ledakan maklumat serta perkembangan persekitaran yang kurang sihat yang mendesak manusia supaya sentiasa berhati-hati dengan setiap maklumat serta pengaruh persekitaran.

Globalisasi yang sedang menyemarak pengaruhnya terhadap dunia hari ini bakal memberi kesan terhadap pola-pola kehidupan remaja. Faedah berbanding dari faktor globalisasi perlu diambil.

Pada masa yang sama, para remaja harus mempunyai daya saring yang tinggi membezakan 
yang bermanfaat atau sebaliknya. Tanpa asas ini globalisasi boleh menjadikan proses pembaratan terhadap umat Islam berlaku secara sistematik.

Oleh itu integrasi ilmu-ilmu kemanusiaan, sains dan teknologi amat perlu dilakukan secara bijaksana supaya corak kurikulum yang diajar sifatnya pelbagai disiplin.

Ia jika diolah dengan bijaksana bakal menghasilkan ahli falsafah atau sejarah yang faham mengenai asas sains dan teknologi dan dalam masa yang sama turut menghasilkan ahli sains yang memahami maksud perubahan dalam masyarakat dan faktor-faktor kemanusiaan.

Mengadabkan insan memerlukan lebih daripada sekadar pemindahan maklumat. Ia memerlukan satu bentuk disiplin terhadap akal, minda dan hati.

Harus ada tekad dan azam dalam kalangan remaja Islam untuk menyesuaikan keunggulan ilmu dan teknologi yang diterima ke arah binaan acuan sendiri.

Acuan sendiri mengambil kira faktor nilai dan falsafah supaya arah tuju pembinaan dan penyuburan ilmu dalam masyarakat Islam tidak mengenepikan faktor-faktor akidah, akhlak, ibadah dan syariah.