Thursday, January 31, 2013

Borang matrikulasi boleh dikemaskini bermula Isnin


KUALA LUMPUR - Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka talian untuk mengemas kini borang permohonan bagi sesi 2013/2014 bermula 4 hingga 18 Febuari ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan melalui internet boleh berbuat demikian di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/kemaskini atau melalui laman web kementerian di www.moe.gov.my.


Pemohon diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk tujuan mengemas kini manakala mereka yang menggunakan laman web kementerian perlu menggunakan ruangan e-PERKHIDMATAN berkala.

Keputusan ke program matrikulasi akan dikeluarkan lima minggu selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi di laman web kementerian.

Pelajar yang ditawarkan ke program matrikulasi juga perlu mencetak sendiri surat tawaran yang akan dikeluarkan secara online, namun tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM kerana ia akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan.

Pelajar boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-88844083/4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja, jika mempunyai sebarang pertanyaan. - Bernama




Wednesday, January 30, 2013

Jumlah calon lulus STAM 2012 meningkat


PUTRAJAYA - Sebanyak 3,925 atau 67.4 peratus calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 berjaya memperoleh sijil dengan pangkat sekurang-kurangnya Maqbul (lulus) dalam kesemua 10 mata pelajaran.

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran, Dr. Na'imah Ishak berkata, ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya 3,420 calon yang memperoleh sekurang-kurangnya lulus pada tahun 2011.

Beliau berkata, 385 calon mendapat Mumtaz (cemerlang), 1,263 mendapat Jayyid Jiddan (sangat baik), 1,868 calon mendapat Jayyid (baik) dan 409 lagi Maqbul (lulus).

Sebanyak 5,818 calon menduduki STAM tahun lepas di 116 pusat peperiksaan seluruh negara.

"Secara keseluruhan, pencapaian calon STAM menunjukkan peningkatan sebanyak 0.08 mata, iaitu daripada indeks Gred Purata Nasional (GPN) 3,08 mata pada tahun 2011 kepada 3.16 mata pada tahun 2012," katanya ketika mengumumkan keputusan STAM 2012 di sini semalam.

STAM mula dilaksanakan sejak tahun 2000 dan mendapat pengiktirafan setaraf Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), melayakkan calon yang memperoleh sijil itu untuk memohon mengikuti program ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir dan universiti tempatan dalam bidang yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.




Friday, January 25, 2013

Keputusan peperiksaan STAM Rabu



Kuala Lumpur: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 akan diumumkan Rabu ini. 

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Malaysia, semua calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing mulai jam 10 pagi pada hari sama. 
Keputusan calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri di tempat mereka mendaftar. 

Seramai 8,822 calon menduduki STAM, tahun lalu di 116 pusat peperiksaan seluruh negara. Mereka terdiri dari 3,999 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 2,697 calon Sekolah Menengah Agama Negeri. 

Seramai 681 calon lagi daripada Sekolah Agama Rakyat, 1,359 calon persendirian dan 49 calon sekolah menengah swasta. 

Menurut kenyataan itu, calon juga boleh menyemak keputusan melalui mySMS dengan menaip STAM (angka giliran) ke nombor 15888 mulai jam 10 pagi 30 Januari hingga jam 11.59 malam, 5 Februari. 








Wednesday, January 23, 2013

Jadual Ujian Muet 2013


Kenapa perlu menduduki ujian MUET?

Malaysian University English Test (MUET) atau Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang ingin memohon untuk mengikuti ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Ujian MUET diadakan 3 kali setahun. Pendaftaran untuk ujian MUET dibuka pada awal, pertengahan dan akhir tahun. Berbanding sebelum ini hanya 2 kali setahun pengambilan ujian MUET. Korang boleh tengok jadual bila masa yang sesuai untuk ambil exam muet bagi tahun depan 2013.

4 Komponen Ujian MUET

800/1 – Listening
800/2 – Speaking
800/3 – Reading Comprehension
800/4 – Writing

Markah maksimum bagi setiap komponen ialah 45 untuk Listening dan Speaking, 135 untuk Reading Comprehension dan 75 untuk Writing. Jumlah keseluruhan 300 markah. Markah calon kemudian akan dibahagikan kepada 6 jalur gred, dengan Band 6 yang tertinggi sehingga seterusnya Band 1 yang terendah. Selamat mendaftar untuk ujian MUET dan juga menduduki ujian MUET. Semoga berjaya!


Macam mana nak dapat Band 3 atau Band 4 dalam MUET



Secara puratanya, 55% calon yang mengambil MUET sekadar mendapat Band 1 atau Band 2. Antara punca-punca calon gagal mendapat sekurang-kurangnya Band 3 yang telah di kenal pasti ialah :

1. Tidak arif dengan format MUET itu sendiri.

2. Tidak mengatur strategi dalam persediann MUET mereka.Ramai calon yang risau aspek Speaking dalam MUET sedangkan markah speaking cuma 15% dari jumlah markah MUET. Komponen Reading memberi markah maksima 40% dan Writing 30%! Komponen inilah yang calon kena lebih bersedia.

3. Masih lemah dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Inggeris kerana masih lemah dalam aspek tatabahasa bahasa Inggeris.

4. Kurang kosakata bahasa Inggeris.

5. Kurang membuat latihan-latihan MUET samaada soalan-soalan klon atau soalan-soalan sebenar MUET.

Serius, susah nak lulus peperiksaan MUET ni, jika melakukan persediaan pun tidak melakukannya secara menyeluruh, tapi jika anda betul nak berjaya, anda boleh mengikuti tips berjaya peperiksaan MUET melalui  Rahsia Lulus MUET




Friday, January 18, 2013

‘Steve Jobs Malaysia’


Usianya baru menjangkau 17 tahun, namun bakat luar biasa dimiliki pelajar, Syed Muhammad Syed Abdullah mengagumkan berikutan mampu menembusi perisian syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Apple menerusi lima aplikasi dihasilkan untuk iPhone dan satu permainan ciptaannya diiktiraf terbaik dunia.

Ekoran bakat luar biasa itu, dia yang mesra disapa Habib Al-Attas menerima ‘panggilan mengejut’ daripada syarikat Apple di Amerika Syarikat tiga hari lalu untuk dipastikan mengenai aplikasi terbabit sesudah permainan ciptaannya menarik perhatian pengguna iPhone di 30 negara.

Selain pengguna di Amerika Syarikat, pengguna iPhone negara lain yang tertarik dengan permainan ciptaannya termasuk dari United Kingdom, Perancis, China, Russia, Itali, Jepun, India, Jerman, Greece dan Thailand.

Ketika ditemui di rumahnya, di Ukay Perdana, di sini, Habib berkata, sejak dimuat naik permainan, Crazy Ball di iPhone pada 14 Januari lalu, aplikasi itu menerima sambutan ‘panas’ sebelum diiktiraf tiga terbaik dalam dunia.


Dia yang digelar ‘Steve Jobs Malaysia’ dalam kalangan rakan-rakannya berkata, permainan itu menerima 900 muat naik pada hari pertama dan memecah monopoli penghasilan aplikasi dunia lain