Sunday, January 1, 2012

SEMAKAN ONLINE KEMASUKAN KE SEKOLAH TEKNIK DAN VOKASIONAL 2012



Perhatian kepada yang menduduki PMR 2011 dan ada membuat permohonan kemasukkan ke tingkatan 4 2012 di Sekolah Menengah Vakasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) sudah boleh memyemak keputusan permohonan secara online.

Semakan Permohonan

Semakan permohonan ke Tingkatan 4 SMT dan SMV boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.

Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012 adalah di Semakan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012.(klik disini)

Rayuan

Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
Rayuan boleh dibuat terus kepada Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.

Sila rujuk Senarai Sekolah Menengah Teknik / Vokasional untuk mendapatkan kod sekolah.

Sila rujuk Senarai Kursus untuk mendapatkan kod kursus tersebut.

Borang rayuan boleh dimuat-turun di Borang Rayuan Kemasukan ke SMT/SMV 2012.
Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

Maklumat

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik / Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.






No comments:

Post a Comment