Wednesday, March 7, 2012

Tolak tawaran matrikulasi keputusan berbaloi


  BUKIT MERTAJAM - Keputusannya menolak tawaran melanjutkanpengajian di peringkat matrikulasi di Pongsu Seribu, Kepala Batas dianggappengorbanan yang berbaloi walaupun keputusannya itu pernah ditentang ibunya sendiri kerana menganggap dia menolak tuah.

Bagaimanapun setelah menghabiskan masa kira-kira setahun setengah mengikuti pengajian di Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam (SMTBM) di sini pengorbanan Nor Atikah Abd Rahman, 20, dirasakan sangat berbaloi kerana berjaya mencatat keputusan membanggakan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011.

Dengan keputusan 4A dalam peperiksaan itu menjadikan Nor Atikah anak tunggal kepada pasangan Abd Rahman Hassan, 53, dan Che Piah Darus, 57, antara pelajar terbaik seluruh Pulau Pinang.

"Saya gembira dan tidak sangka dapat keputusan sebaik ini kerana ketika peperiksaan percubaan saya hanya dapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.2 sahaja, dan keputusan saya untuk mengambil STPM tidak sia-sia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Nor Atikah yang bercita-cita menjadi seorang peguam hanya mengambil empat mata pelajaran iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Perniagaan.

Kata beliau, sering bertanya, disiplin diri dan fokus ketika dalam bilikdarjah merupakan rahsia kejayaannya selain berdoa dan tawakal."Saya memang suka bercakap dan banyak cakap, jadi ketika di dalam bilikdarjah saya akan bertanya sehinggalah saya betul-betul faham mengenai sesuatu perkara, selain itu disiplin diri mesti kena kuat," katanya.

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu dan pernah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi ini menjelaskan tidak salah sekiranya ingin membuat perubahan dan untuk mencapai kejayaan seseorang itu mesti cekal hati dan tidak mudah mengalah.

"Masa awal-awal masuk tingkatan enam ramai yang tidak suka, kawan-kawan hairan saya tolak matrikulasi, tapi saya jelaskan kepada ibu yang saya mahu buat perubahan dan tidak mahu teruskan dalam bidang sains, akhirnya usaha itu Berjaya dan kejayaan ini adalah untuk ibu dan bapa saya juga," katanya.

Nor Atikah yang akan meneruskan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pendidikan berkata, kali ini dia akan menunaikan permintaan ibunya yang mahukan dia menjadi seorang guru.

"Pilihan ibu selalunya adalah yang terbaik, dahulu saya sudah buat keputusan dan ibu setuju walaupun pada awalnya menentang jadi apa salahnya kali ini saya berkorban untuk tunaikan hajat ibu," katanya.
Katanya, tidak ada perbezaan yang ketara antara guru dan peguam kerana kedua-duanya memerlukan dia banyak bercakap dan berkomunikasi.

"Saya mahu majukan anak bangsa saya sendiri, saya juga bukan orang senang, bapa hanya menjual laksa di stesen keretapi, jadi saya ambil peluang dan cabaran ini untuk majukan anak bangsa saya juga."Sampai bila kita hendak terus hidup susah...dengan ilmu kita boleh ubah nasib kita," katanya mengakhiri perbualan. – Bernama


No comments:

Post a Comment