Wednesday, January 25, 2012

5 langkah untuk berjaya dalam apa yang anda lakukan..

 

 Jika anda mengikuti 5 langkah ini, tidak diragukan lagi anda akan berjaya dalam apa yang anda lakukan.

1. Keinginan yang kuat

Perkara pertama yang anda perlukan adalah memiliki keinginan yang kuat. Keinginan seperti api! Tidak seperti api kecil untuk mendapat kepanasan. Tidak, anda memerlukan keinginan yang kuat, anda harus benar-benar ingin memiliki apa yang anda inginkan!
Jika anda benar-benar menginginkan sesuatu, tetapi anda tidak mendapatkan sampai sekarang, keinginan anda tidak cukup kuat! Anda benar-benar harus merasai keinginan untuk memilikinya dalam tulang anda, daging anda, hati dan jiwa anda. Keinginan adalah titik permulaan, kerana tanpanya, tiada apa yang akan menjadi.

2. Matlamat! Sebab!

Sekarang anda perlu menetapkan matlamat. Mengapa? Untuk mengetahui ke mana hala tuju! Tanpa matlamat keinginan anda tidak akan membawa anda ke mana-mana dan anda hanya akan berbalik dalam lingkaran seperti seekor anjing yang berjalan mengekori ekornya sendiri.
Matlamat akan memberikan sebab, tujuan. Matlamat anda adalah arah tuju kepada keinginan anda. Jika anda dapat melihat dengan mata hati apa yang anda inginkan, anda akan memilikinya. Jika lebih jelas anda lihat, lebih terang gambaran dan bayangan anda, semakin besar kemungkinan anda akan mendapat apa yang anda inginkan!
Matlamat memberi anda kekuatan untuk bergerak. Matlamat menghasilkan gerak kerja yang diperlukan untuk membawa anda mencapai impian anda. Matlamat yang bagus adalah pernyataan dari apa yang anda inginkan, dengan cara yang positif jelas, padu dan dengan emosi (ingat api! Tanpa emosi, tanpa api, tiada hasil!).
Matlamat harus ditulis, untuk memberinya lebih kekuatan, dan harus dinyatakan pada saat ini. Tulis matlamat anda seolah-olah anda sudah mendapatkannya. Dan mula bertindak seolah-olah anda sudah berada di sana!

3. Percaya pada diri sendiri

Di antara 5 langkah untuk berjaya dalam apa yang anda lakukan, anda harus percaya pada diri sendiri. Anda benar-benar harus menyedari kenyataan bahawa anda layak untuk memiliki apa yang anda inginkan dan bahawa anda boleh mendapatkanya, bahawa anda mempunyai segala yang diperlukan untuk mencapai impian anda.
Ya, anda pasti boleh! Mungkin sekarang anda tidak tahu bagaimana untuk sampai ke matlamat anda, tapi percayalah bahawa anda akan belajar langkah demi langkah bagaimana melakukannya dan bahawa anda akan dipandu dalam perjalanan anda secara kebetulan dan seiring sejalan.

4. Berfikiran positif
Sebuah keinginan yang kuat, tujuan yang jelas, kepercayaan yang kuat pada diri sendiri, apa lagi yang perlu untuk membuat impian anda menjadi kenyataan? Berfikiran positif!
Mimpi yang paling indah, keinginan kuat dan tujuan yang jelas tidak akan membawa anda ke mana-mana jika anda menghancurkan diri anda dengan kepercayaan negatif. Jika anda mempunyai perangai buruk ini, sentiasa memikirkan perkara yang buruk dari melihat sesuatu secara baik, cara pemikiran ini akan menjadikan anda apa yang anda fikirkan: takut, buruk.
Cara pemikiran positif mengangkat anda sampai ke tahap alam semesta dan penciptaan alam semesta akan bersekongkol dengan anda untuk memberikan anda apa yang anda inginkan.

5. Konsistensi

Konsistensi. Ya, mudah untuk memulakan sesuatu. Sangat mudah untuk berhenti. Tapi semua itu memerlukan konsistensi untuk anda tetap berada di jalan anda menuju matlamat.
Adakah anda pernah merasakan kebebasan luar biasa setelah bertahun-tahun mempraktikkan hal yang sama, anda menjadi pakar dalam sesuatu? Anda boleh menjawab semua soalan pejam mata sahaja dan menghasilkan apa sahaja keputusan yang anda inginkan? Anda sudah menjadi pakar sekarang kerana anda melakukan hal yang sama beratus-ratus kali, lagi dan lagi. Dan sekarang anda tahu apa itu kebebasan!
Konsistensi, tidak mengalah, sentiasa ke arah matlamat yang sama, akhirnya ini akan memberi anda kebebasan yang mutlak. Mengapa? Kerana anda tidak perlu berfikir dan tercari-cari lagi. Ia sudah menjadi kebiasaan dan anda bebas berfikir untuk mempelajari hal-hal baru yang lebih mencabar.
Tetapkan diri anda pada jalan menuju matlamat anda, pastikan terus menerus, setiap langkah akan membawa anda kepada lebih kebebasan, kebahagiaan dan anda akan menguasai hidup anda!

Ini adalah 5 langkah penting untuk berjaya dalam apa yang anda lakukan..

No comments:

Post a Comment