Monday, May 30, 2011

Kertas Soalan Ramalan Matematik 2011



Kertas Soalan Ramalan Matematik Maths Catch ini mengandungi 4 pakej iaitu Kertas Soalan Ramalan Matematik 2011 UPSR, Kertas Soalan Ramalan Matematik 2011 PMR,Kertas Soalan Ramalan Matematik 2011 SPM,Kertas Soalan Ramalan Matematik 2011 ADD MATHS SPM. 
Antara yang menarik tentang soalan keluaran Maths Catch ini adalah ianya adalah soalan yang telah pun dibuat analisis berdasarkan soalan peperiksaan sebenar dan peperiksaan percubaan negeri yang lepas lepas. Apa yang menarik lagi setiap soalan juga dibekalkan bukan sahaja analisis tetapi juga tajuk bab bagi memudahkan pelajar mengulangkaji
Kelebihan Soalan Keluaran Maths Catch
Setiap soalan diletak dan dibekalkan analisis soalan peperiksaan sebenar terdahulu.
Setiap soalan diletak tajuk untuk memudahkan Pelajar membuat ulangkaji
Rekabentuk dan warna dibuat oleh pereka professional untuk membangkitkan ‘mood’ pelajar
Jawapan yang lengkap termsuklah jalan pengiraan diberikan.(kebanyakan buku dipasaran hanya memberikan jawapan sahaja)
Masa penghantaran produk adalah sangat pantas dan eficient iaitu kurang daripada 24 jam.
Sebarang masalah berbangkit pula begitu mudah diuruskan melalui ruangan support email yang dibalas 24 jam selepas emel dihantar.
Secara keseluruhanya ebook Kertas Soalan Ramalan Matematik 2011 Maths-catch.com ini adalah yang terbaik dipasaran jika diukur dari segi kualiti dan harga yang ditampilkanya. Jika anda masih tercari-cari bahan rujukan untuk anak-anak ,mungkin anda boleh mencuba mendapatkanya diSINI

Friday, May 27, 2011

Tips On Effective English Learning.


Dibawah ini memberikan tips untuk mempertingkatkan mutu bahasa inggeris:

Isnin - Membaca Buku teks- 45 minit
Selasa - Membaca Buku cerita atau majalah - 45 minit
Rabu - Tatabahasa/ kamus- 45 minit
Khamis -Membina ayat - 45 minit
Jumaat - Ulangkaji -45 minit
Sabtu - Buku cerita atau majalah - satu jam
Ahad- Ulangkaji dan kamus - satu jam

Bagi saya bukan sekadar bahasa inggeris sahaja ia sesuai untuk bahasa yang lain2nya. selamat mencuba .


Petua Memberi Tumpuan Dalam Kelas


Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda :
»
Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas.  Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. 

Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.
»
Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti.  Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak.  Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat. 
»
Cuba duduk di barisan depan dalam kelas.  Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.
»
Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.
»
Tunjukkan minat yang mendalam.  Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda.  Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar.  Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas.  Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.
»
Pasang telinga.  Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan.  Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.
»
Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.
»
Catat setiap perkara yang anda tidak faham.  Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda.  Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?
»
Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan.  Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru.  

Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik.  Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU. 
»
Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan.  Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.
»
Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam.  Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas.


Sumber Asal : 
Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D



Wednesday, May 25, 2011

Pendidikan dan peradaban


MEMAHAMI falsafah pendidikan dalam Islam amat penting supaya dalam mempelajari ilmu-ilmu Barat, para 
remaja tidak lupa dengan sejarah dan tamadun sendiri - Gambar hiasan

SETIAP anak dilahirkan suci ibarat kain yang bersih. Ibu bapa dan persekitaranlah yang mencorakkannya. Jika baik persekitarannya, maka baiklah perwatakan dan pembawaannya.
Jika sebaliknya maka banyak kesulitan akan timbul terutamanya apabila meniti zaman remaja dan dewasa.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap Muslim. Justeru, ilmu membantu manusia menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya, menambahkan pengetahuan seseorang, meluaskan pandangannya terhadap kehidupan serta menyuburkan adab dan peribadi seseorang manusia.

Dengan ilmu, manusia menjadi tahu dan apabila disertai kemahuan, ia akan menjadi tindakan. Maka pendidikan yang baik dan sepadu memandu manusia untuk berfikir, merancang dan bertindak secara benar serta baik.

Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: "Ya Allah, didiklah aku dengan didikan yang terbaik."

Ia memberi dua asas yang amat penting dalam proses didik iaitu addaba dan taadibi. Justeru, maksud pendidikan dalam Islam antara lain adalah proses memperadabkan insan. Proses ini merujuk kepada faktor dalaman diri manusia iaitu hati.

Adab menyentuh tentang peri pentingnya disiplin hati bagi seorang manusia. Disiplin hati dapat menjadikan manusia lebih teguh dan bakal memancarkan amal yang baik. Adab yang baik juga dapat memberi kesan dan teladan yang baik terhadap orang lain.

Minda atau akal manusia memerlukan disiplin dan fokus supaya apa yang dibaca, difikir serta idea yang diperolehi akan memberi manfaat yang berguna. Pemikiran yang terjana daripada disiplin berfikir yang baik bakal menghasilkan akal budi yang tinggi.

Oleh itu, makna pendidikan bukan sekadar suatu proses bagaimana pemindahan maklumat, data dan fakta berlaku tetapi ia menyentuh bagaimana proses perubahan berjalan.
I
lmu yang benar dan disampaikan dengan kaedah yang baik bakal mencetuskan perubahan terhadap minda, sikap dan amal. Dalam konteks masa kini, remaja perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu berbanding terutama sekali dalam ledakan maklumat dan jaringan telekomunikasi.

Ilmu yang diperoleh daripada sumber-sumber Barat misalnya bukan semuanya tidak baik. Malah banyak kemajuan terkini datangnya dari Barat. Tidak salah mengambil aspek-aspek yang boleh memberi manfaat kepada kemajuan kita.

Namun, negara-negara Barat mempunyai orientasinya sendiri bertunjangkan falsafah yang jauh lebih terbuka dan tidak terikat dengan nilai-nilai agama. Ia menuntut keupayaan menyaring maklumat yang tinggi.

Keteguhan sistem nilai amat membantu dalam proses penggunaan sumber-sumber ini. Tidak semua maklumat yang ditampilkan oleh sistem yang berkaitan sesuai dengan matlamat membina faktor-faktor manusiawi dan manusia beradab.

Bagaimanapun, ini bukan bermaksud apa-apa yang datang dari Barat harus disanggah. Cuma sebagai seorang remaja dan Muslim yang berilmu, hendaklah berhati-hati dan peka terhadap proses pembaratan.

Cabaran pendidik

Oleh itu, cabaran utama pendidik, pembina perisian dan maklumat ialah menghasilkan modul-modul pendidikan berasaskan acuan kita sendiri.

Perkara ini amat penting kerana kita tidak harus selamanya menjadi pengguna setia terhadap sumber maklumat dan ilmu dari orang lain tetapi sewajarnya bersikap menyumbang terhadap perisian yang berasaskan acuan kita sendiri.

Pembangunan perisian di luar lingkungan budaya dan resam kehidupan kita selalunya tidak berasaskan nilai.

Pengguna teknologi rata-ratanya terdiri daripada remaja yang meningkat dewasa dan mencari-cari erti kehidupan. Sekiranya medium ilmu tidak terisi dengan maklumat yang berasaskan nilai dan adab, maka kecelaruan dan krisis nilai akan wujud kerana ia tidak selari dengan tuntutan fitrah manusia yang inginkan sesuatu yang baik dan luhur.

Dalam konteks pendidikan, kewujudan tenaga untuk membina perisian berasaskan acuan kita adalah dituntut. Lebih dituntut lagi ialah kekalnya peranan pendidik yang bukan saja bertindak sebagai fasilitator tetapi juga mampu memanfaatkan kepentingan teknologi dan juga perisian untuk membangunkan generasi terdidik yang memiliki kekuatan maklumat, ilmu, keterampilan dan sistem nilai yang tinggi.

Memahami falsafah pendidikan dalam Islam adalah amat penting supaya dalam mempelajari ilmu-ilmu Barat, para remaja tidak lupa dengan sejarah dan tamadun sendiri.

Menghargai tamadun sendiri menjadikan kita yakin bahawa tradisi ilmu Islam sentiasa menghubungkan dirinya dengan nilai dan agama. Faktor-faktor ini amat penting bagi mengekalkan faktor-faktor manusiawi agar terpelihara dalam apa zaman pun.

Lantas dalam usaha menjadikan pendidikan sebagai proses mengadabkan insan, pendidikan itu sendiri haruslah bersifat integratif dan holistik.

Model pembelajaran yang terkini yang diadunkan dengan model Islami serta berasakan nilai wajar diperkembangkan dalam sistem pembelajaran kini.

Apatah lagi dalam zaman ledakan maklumat serta perkembangan persekitaran yang kurang sihat yang mendesak manusia supaya sentiasa berhati-hati dengan setiap maklumat serta pengaruh persekitaran.

Globalisasi yang sedang menyemarak pengaruhnya terhadap dunia hari ini bakal memberi kesan terhadap pola-pola kehidupan remaja. Faedah berbanding dari faktor globalisasi perlu diambil.

Pada masa yang sama, para remaja harus mempunyai daya saring yang tinggi membezakan 
yang bermanfaat atau sebaliknya. Tanpa asas ini globalisasi boleh menjadikan proses pembaratan terhadap umat Islam berlaku secara sistematik.

Oleh itu integrasi ilmu-ilmu kemanusiaan, sains dan teknologi amat perlu dilakukan secara bijaksana supaya corak kurikulum yang diajar sifatnya pelbagai disiplin.

Ia jika diolah dengan bijaksana bakal menghasilkan ahli falsafah atau sejarah yang faham mengenai asas sains dan teknologi dan dalam masa yang sama turut menghasilkan ahli sains yang memahami maksud perubahan dalam masyarakat dan faktor-faktor kemanusiaan.

Mengadabkan insan memerlukan lebih daripada sekadar pemindahan maklumat. Ia memerlukan satu bentuk disiplin terhadap akal, minda dan hati.

Harus ada tekad dan azam dalam kalangan remaja Islam untuk menyesuaikan keunggulan ilmu dan teknologi yang diterima ke arah binaan acuan sendiri.

Acuan sendiri mengambil kira faktor nilai dan falsafah supaya arah tuju pembinaan dan penyuburan ilmu dalam masyarakat Islam tidak mengenepikan faktor-faktor akidah, akhlak, ibadah dan syariah.





Tuesday, May 17, 2011

Tips Penjagaan Laptop


Penggunaan komputer riba atau laptop menjadi trend pada masa ni...keberangkalian seseoarang tu utk membeli laptop lagi tggi jika dibandingkan dengan membeli pc desktop.. penjagaan laptop amat penting utk memanjangkan jangka hayat laptop tersebut agar tahan selama yang mungkin. 

kat bawah ni da serba sedikit tips penjagaan laptop utk anda semua.... 


1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada ¡®Turn Off monitor in ¡* minutes¡¯.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ¡®Dead pixel¡¯.

4. Haba Panas
* Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Di harap informasi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua..


Monday, May 16, 2011

Lima Cara Pilih Sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Mengapa Mengantuk Apabila Belajar ??


Ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk.  Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat.  Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri.  Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara untuk mengatasinya.

Tidak cukup tidur. Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar disekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1.00 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran.  Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan ber-IRC (chit chat) di internet sehingga pagi.

Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.  Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini.  Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang 'study smart' bukan semata-mata 'study hard'.

Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk.  Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari.  Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.

Makan terlalu banyak. Ini juga merupakan satu tabiat buruk.  Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut.  Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga.  Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.

Badan terlalu letih.  Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari.  Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda.   Ada ketikanya andabersukan atau beriadah secara keterlaluan.   Bermain bola diwaktu petang secara berlebih-lebihan.  Berbasikal keliling kampung berjam-jam.  Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan. 

Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul.  Perbaiki matlamat anda beriadah.  Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran.  20 - 30 minit sehari adalah mencukupi.

Ada pula sesetengak pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebih-lebihan.  Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan.  Terlibat secara ala kadar.  Pilih aktiviti yang paling anda minati.   Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan SPM anda kecundang.  Tidak ada gunanya menjadi olahragawan / olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang.

Oleh itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum.  Pastikan anda tidak kesuntukan masa.  Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk dimalamnya.

Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar.   Sebelum saya pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu?  Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda.  Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.

Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tak minat sejarah?  Tidakkk!  Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh.  Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.

Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri.  Anda pelu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari. 

Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran :

Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca.   Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca.  Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu.

Perhatikan perkara-perkara yang berikut:
Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain.
Rajah-rajah.
Jadual.
Carta.
Peta.
»
Baca perenggan bahagian pendahuluannya. 

»
Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya.
»
Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara terperinci.
Membaca hanya satu hala.  Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan 'input' semata-mata.  Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam minda.  Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemu dan membosankan.  Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan buku yang dibaca.  Untuk menjadikan proses membaca lebih bersifat dua hala anda perlu lakukan perkara yang berikut :

»
Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda membaca teksnya.  Fahami kehendak soalan ini.  Apabila anda membaca kelak anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda.
»
Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana?  Ini membuatkan anda sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda.

»
Selepas satu perenggan atau satu muka surat.... berhenti sejenak.  Tanyakan diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi.  Cuba lakar-lakarkan pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang anda ketahui.  CUba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca.  Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri.   Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.

Buat nota ringkas. Jangan sekadar membaca sahaja. Cuba kenal pasti kata kunci (lihat artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam bentuk nota ringkas. Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu proses membaca membuatkan anda rasa seronok.  Dengan membuat nota ringkas anda sebenarnya menggunakan bahagian kinestatik diri anda.  Kalau sekadar membaca sahaja tanpa sebarang penghasilan nota anda cuma gunakan bahagian visual dan auditori semata-mata. Penglibatan bahagian kinestatik penting kerana ia mengukuhkan lagi ingatan anda terhadap apa yang anda pelajari.



Sumber Asal : 
Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.